klik me..klik me... :D

Myself

Full time working woman, full time struggle mummy to my dearest 2 cute apples.

nuffnang

Selasa, 14 Januari 2014

Pengalaman Anak Masuk tadika -part 1

On the 1st day...dia mmg nampak bersemangat nak gi school...and yes...no prob to wake up early ...no prob to accept all the things i talked about school..hihi...ibu pun tak heran la sangat kan nak hantaq...semua nya di jwb ok je..  
:
)

at the moment he arrived there (pasti)...jugak takde masalah...ibu sibuk tunjuk lokasi kelasnya (AR RAUDAH)...sibuk tunjuk toilet...sibuk suruh dia cam yg mana satu cikgu kelas dia...

But at the time...lepas beratur beramai2..nak masuk kelas...when i said

"ibu balik dulu ya..abg duduk dgn cikgu baca abc ya,nanti ibu amik..."

masa ni la he started to give me his sad face and started to cry..haha...unpredictable sebenarnya...sebab si afif ni dia mmg nampak berani dan peramah setiap masa di mana saja..pantang ditegur ..disalamnya...dipeluknya semua org ...(including bangla n indon tau) tu yg ibu paling risau skali...terlebih kasih sayang...haha...


tapi ibu ni ...mmg bukan jenis yang lembut hati sangat...so ibu just tinggalkan dia sebab ibu tahu...dia pun bukan 'cengeng' and penakut sangat...d
he can adapt the situation..its just he needed time to do so..

lepaih setengah jam..ibu pi ngendap balik kat tepi tingkap...mmg dia dah berenti nanges..n tgh main tanah liat dalam kelas..lega...tapi tetiba ibu dengaq suara dia " cikgu
!! mana ibu
?? mana adik ni
??
" haha...nak tergelak...tutup mulut sat kat tepi tingkap tu...tak dan hbih gelak...ibu dengaq lagi soalan yg sama dari mulut dia...oh my anak...i bet mesti dah berpuluh kalu dia ulang soalan tu sampai cikgu tak larat nak jawab dah...

and i left..with happy face smiling nonstop sampai balik umah...at 10.30 ibu amik dia...so there went about his first day... :)




Salam maulidur rasul

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

nuffnang